Search

“Jom, minum...”
“Saya nak take away aje hari ...

  • Share this:

“Jom, minum...”
“Saya nak take away aje hari ini. Penat. Nak balik.”
“Kenapa? Takut Hardin nampak awak dengan saya kat sini? Takut dia cemburu? Padanlah masa briefing produk hari tu, dia macam tak puas hati aje dengan saya. Saya ingatkan saya salah apa rupa-rupanya dia cemburu sebab saya jadi model awak dan awak pegang-pegang muka saya. So, masa dia suruh awak pilihkan cincin tu... Awak pilih cincin untuk diri sendirilah, Cik Marean? Hmmm... Bukan awak kata awak tak suka dia ke? Bila ini semua terjadi? Sejak awak bakal dapat cincin lebih tiga ringgit daripada cincin saya tu?”
Eh-eh...
Dia ni...
Cari pasal.
Perli-perli kenapa?
“Hesy... Saya dengan Encik Hardin tu tak ada apa-apalah. Apa yang Encik Leo dengar tu, hanyalah gurauan Sophie aje. Dia ingat Encik Hardin nak melamar saya sebab Encik Hardin pernah sekali ajak saya kahwin.”
“Hah?”
“Sebab... Saya sibuk nak jadi pekerja tetap jadi dia suruhlah saya kahwin dengan dia. Dapatlah saya jadi pekerja tetap sebagai wife dia. Lepas dia ketawa. Tu aje. Main-main... Tak payahlah nak serius sangat pun.”
“Kalau tak serius... Yang awak ni nak nampak bersalah dan lari-lari, kenapa?”
“Sebab saya malulah yang Encik Leo akan fikir saya ni cakap tak serupa bikin. Cakap tak suka tapi... Suka bila nak kena lamar pula. Encik Leo kena dengar sampai habis apa jawapan saya kalau dia melamar saya barulah boleh potong cakap saya!”
“Jadi... Apa jawapan awak kalau betul Hardin melamar awak?”
“Saya...”
Leo Gabriel pandang aku.
Menunggu jawapan aku.
“Bukannya Astro, nak ulang-ulang siaran. Dahlah, saya nak balik. Saya penat ni. Jangan lupa Ahad pagi ada rehearsel.”
Geram aje Leo Gabriel.
Makan asap ekzoslah dia tadi!

#cintatakjangka


Tags:

About author
Apa yang di dalam page ini, merupakan hal-hal berkaitan dengan Syamnuriezmil. Page ini diadmin oleh penulis sendiri. Tidak boleh dishare apa saja link ke belog saya kecuali dengan izin.
Bukan penulis sepenuh masa tapi aku mahu menulis sehebat Shakespeare, sejiwang Jane Austen dan sesem
View all posts